24 Mei, 2013

PR semai kebencian sistem "negara Melayu". Apakah itu tidak rasis?



"Sistem negara yang dikuasai Melayu

Ketika mengulas pandangan yang diutaraka Wong Chin Huat, Yong Kai Ping (Editor Malaysiakini, edisi bahasa Cina) berkata, "legitimasi sesebuah kerajaan dalam masyarakat Melayu" merupakan "persoalan struktur" yang perlu dihadapi bukan sahaja PR, tetapi mana-mana parti politik yang bercita-cita untuk menerajui pucuk pimpinan kerajaan di negara ini.

Yong menjelaskan bahawa setelah berpuluh tahun BN memerintah, sistem negara ini telah diubahsuai kepada satu sistem "negara Melayu", di mana sektor perkhidmatan awam dan pasukan keselamatan, termasuk tentera dan polis telah dikuasai sepenuhnya kaum Melayu."

SUMBER: "Bolehkah PR bentuk kerajaan tanpa sokongan majoriti Melayu?", Merdeka Review, 21 Oktober 2009.


Apakah kenyataan yang dikeluarkan di atas tidak dilabel sebagai rasis?

Apakah tsunami Cina yang berlaku pada PRU13 yang lepas disebabkan persepsi negatif dan kebencian yang disemai terhadap "sistem negara yang dikuasai Melayu" seperti dipersoal dalam petikan di atas?

Cukup-cukuplah mempersoal. Belajarlah menerima!

22 Mei, 2013

Kewujudan KR1M bikin peniaga pensimpati DAP jadi gila

1. Penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) merupakan satu langkah bijak untuk meringankan beban hidup rakyat miskin, berpendapatan rendah dan sederhana.

2. Sebelum KR1M dicetus dan dilaksana, pengguna terutamanya rakyat miskin terhimpit dengan kenaikan harga barangan yang dinaikkan sesuka hati oleh para peniaga pensimpati DAP.

3. Pantang ada peluang, peniaga ini akan menaikkan harga tanpa mengira kesusahan rakyat. Apa yang penting bagi mereka ialah keuntungan mesti berlipat kali ganda. Susah payah orang miskin apa mahu dikesahkan. Janji mereka makin mewah dan makin kukuh di sector ekonomi.

4. Kerajaan pula tidak dapat mengawal sepenuhnya turun naik harga kerana sifat ekonomi bebas yang diamalkan. Kerajaan hanya boleh kawal harga bagi barangan asas. Itu pun kadang kala dilanggar semacam saja oleh peniaga ini. Tidak ada kasihan punya. Tidak pula kita sangka sebegitu buruk sekali peniaga ini punya kelakuan. Tamak haloba.


5. Tinjauan saya sejak KR1M diperkenal ialah harga barangan jauh lebih murah berbanding harga yang ditawar golongan peniaga yang ambil untung cekik darah. Bak kata orang peniaga yang rata-rata pensimpati DAP ini ambil untung sampai harga tahap potong leher punya.

6. Contoh harga yang dinaikkan ialah harga gula. Di pasaraya pensimpati DAP dinaikkan harga sehingga RM2.95 sedangkan di KR1M harga masih kekal RM2.50. Ada orang kata peniaga yang terdiri dari pensimpati DAP ini sengaja menaikkan harga untuk bagi rakyat marah pada kerajaan. Dalam masa yang sama dia kaut untung sampai perut buncit.

7. Tepung gandum yang dikeluarkan oleh pensimpati DAP dijual jauh lebih mahal bagi sekilogram berbanding hanya RM1.35 di KR1M. Tepung gandum di KR1M lebih enak rasanya. Tidak percaya, cuba buat cucur kodok. Saya guna tepung gandum ini sejak mula lagi KR1M perkenalkan.

8. Minyak masak 5 kg yang berlogo 1Malaysia di KR1M baru RM13.35. Cuba bandingkan dengan harga peniaga pensimpati DAP. Harga sudah macam ala ala Serbia. Serbia dan peniaga pensimpati DAP ini lebih kurang sama sahaja. Tidak ada bezanya!

9. KR1M bagi pandangan saya adalah satu langkah bijak oleh kerajaan. Sebab apa? Cuba kita kaji-kaji sikit dengan 4 sebab yang saya hendak tulis di bawah ini:

10. Pertama, KR1M ringankan masalah beban hidup orang miskin dari sudut pembelian barangan keperluan harian. Harga lebih murah di KR1M jadi dapat jimatkan perbelanjaan dan ada lebihan untuk disimpan atau belanja sekolah anak-anak.

11. Kedua, KR1M sudah jadi macam satu kedai penanda aras bagi harga keperluan barangan harian. Peniaga pensimpati DAP cukup gila memikirkan perkara ini. Apa tidaknya. Pensimpati DAP sudah tidak boleh hendak naikkan harga sesuka hati mereka. Tidak ada lagi keuntungan sampai buncit perut. Itu buat dia jadi gila.

12. Ketiga, KR1M menyediakan peluang kerja pada anak muda kita. Ada yang jadi juruwang dengan senyuman manis sentiasa. Ada yang jadi penyusun barangan dengan rajinnya. Ada yang bersihkan kedai tanpa jemu. Pokoknya, KR1M jana peluang kerja kepada anak bangsa. Kalau banyak KR1M dibuka, banyaklah anak muda kita dapat kerja. Banyaklah yang rasa jasa kerajaan membela rakyat.

13. Keempat, KR1M ini sudah jadi macam tempat untuk usahawan IKS Bumiputera pasarkan produk dan barangan mereka. Barangan mereka ada kualiti tapi tidak ada peluang untuk diletak di rak-rak di pasaraya pensimpati DAP sebab sikap rasis pensimpati ini. Produk Bumiputera dikenakan pelbagai syarat-syarat pelik semata-mata untuk membolehkan produk mereka diletak di rak jualan. Syarat-syarat pelik yang sengaja diadakan untuk menyusahkan dan melemahkan usahawan kita.

14. Tulis panjang-panjang pun tidak guna. Senang cakap, jom sama-sama kita sokong KR1M.

15. Kasi boikot itu peniaga pensimpati DAP! Duit kita bukan duit DAP. Hak kita untuk pilih di mana kita hendak beli kan? Rasis ke? ADA AKU KISAH?!

20 Mei, 2013

Hak Rakyat Merdeka: Hak Mengundi & Hak Membeli!

1. Kita akur dengan keputusan PRU13. Setinggi 90% kaum Cina membuat keputusan mengundi DAP. Itu sudah jadi sejarah. Sejarah yang perlu diteliti oleh semua rakyat. Lebih-lebih lagi orang Melayu dan Bumiputera.

2. Kaum Cina telah melaksanakan hak sah mereka sebagai rakyat Malaysia iaitu hak mengundi untuk mencorak halatuju politik tanahair.

3. Bagi kaum Melayu dan Bumiputera pula kita kena ambil tahu juga bahawa kita juga ada hak yang sah sebagai rakyat merdeka untuk tentukan halatuju ekonomi kaum Melayu dan Bumiputera. Kita pun mahu kaum Bumiputera duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kaum Cina dalam bidang ekonomi dan perniagaan.

4. Jika 90% kaum Cina boleh bersatu dalam melaksanakan hak mengundi pada PRU13, apakah kaum Melayu dan Bumiputera tidak boleh bersatu dalam melaksanakan hak sah sebagai pengguna dan rakyat Malaysia iaitu hak membeli?

5. Mari sama-sama gunakan hak membeli untuk tingkatkan penguasaan ekonomi Bumiputera! Sokonglah sebarang kegiatan ekonomi kaum Melayu dan Bumiputera!

Nota: Saya sudah lama menjadi ahli PPIM dan sekian lamanya melaksanakan hak membeli saya dengan menyokong produk Melayu dan Bumiputera.

19 Mei, 2013

TERBONGKAR! PERISIKAN ISRAEL YAKIN PAKATAN RAKYAT MENANG BESAR PRU13!


 
SUMBER PERISIKAN ISRAEL IAITU MOSSAD YAKIN PAKATAN RAKYAT MENANG BESAR DALAM PRU13 YANG LEPAS!
 
PATUTLAH DARI PEMIMPIN SAMPAILAH KE MACAI PAKATAN SEMUA MEROYAN SAKAN TAK MAHU TERIMA KEKALAHAN!
 
KITA SAKSIKAN VIDEO YANG DIBONGKAR INI!
 
TO PAKATAN SUPPORTERS!
 
ENJOY THIS YOUTUBE CLIP!
 
CHILL & SMILE!
 
INI KALI LAH!
 
KAH KAH KAH!

18 Mei, 2013

PENYATUAN UMMAH DIANGGAP RASIS OLEH DAP??.. ADAKAH UMAT ISLAM TIDAK BOLEH BERSATU?



 pandangan orang melayu
Sumpah Melayu

Dalam surat khabar Utusan melayu pada 17/5/2013, penulis telah terbaca berita tentang Setiausaha Agung Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUiTM), Shukri Ishak, telah dipanggil untuk memberi keterangan kerana laporan yang telah dibuat oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh. Pengerusi DAP itu telah membuat dakwaan rasis dalam program 'Wacana Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah' pada Ahad lalu.

Penulis agak marah juga dengan sikap DAP sekarang ini. Apa sahaja yang masyarakat melayu buat kearah perpaduan  mereka akan tentang. Sehinggakan perpaduan yang mahu dibuat atas nama islam juga mahu ditentang mereka?. Perpaduan ummah itu adalah salah satu dalam ajaran islam. Adakah DAP mahu menentang ajaran islam ini atas dasar kesamarataan itu? DAP berselindung disebalik tuduhan RASIS untuk menafikan hak-hak orang melayu/islam yang mahu bersatu. Serulah melayu untuk bersatu, serulah melayu tolong melayu dalam ekonomi, serulah melayu/islam untuk mempertahankan hak yang telah termaktub dalam perlembagaan. DAP akan tuduh mereka ini rasis. Sebenarnya DAP buat begitu kerana takut melayu/islam itu bersatu. PRU13, Kaum cina yang mewakili 30%++  dari penduduk Malaysia itu bersatu, memberi impak yang ketara dalam politik Malaysia. Bayangkan kaum melayu/islam yang mewakili 60% dalam penduduk Malaysia ini bersatu pula, betapa kuatnya pengaruh melayu jika ini menjadi  kenyataan. 

Bayangkan kekuatan perpaduan melayu/islam itu jika diterjemahkan dalam ekonomi yang menjunjung slogan melayu tolong melayu, utamakan beli dikedai melayu, utamakan beli dikedai islam dan sebagainya yang mendahulukan melayu/islam. Ekonomi melayu/islam akan berkembang pesat. Bayangkan pula kekuatan melayu dalam politik dengan sokongan 60% melayu/islam. Sudah pasti melayu akan melenyapkan impian DAP dan penyokongnya mahu memerintah Malaysia. Ini yang DAP takutkan.

RASIS adalah satu tuduhan yang ingin menakut-nakutkan orang melayu/islam untuk mencapai kekuatan maksimum. Tuduhan RASIS kepada melayu/islam adalah taktik politik DAP dan PKR. Jangan ummat melayu/islam ini takut dengan tuduhan itu. Agak menyedihkan bilamana ada masyarakat melayu yang menjadi takut dituduh rasis. Dan akhirnya menolak perpaduan sesama sendiri, menolak mahu menolong sesama sendiri.

Melayu/islam ini bersatu bukan untuk menghalau kaum lain. Melayu/islam ini bersatu bukan untuk memerangi kaum lain. Melayu/islam ini bersatu bukan untuk menindas kaum lain. Melayu/islam ini bersatu bukan untuk memboikot perniagaan kaum lain. Melayu/islam ini bersatu bukan untuk merampas hak kaum lain. Kenapa DAP harus takut dengan perpaduan melayu/islam??

Melayu/islam ini bersatu untuk menjaga agama Islam. Melayu/islam ini bersatu untuk menjaga hak melayu. Melayu/islam ini bersatu untuk meningkatkan ekonomi sesama melayu. 

Selama lima dekad Malaysia merdeka, pernahkah kita mendengar parti politik cina mempertahankan islam? Mempertahankan hak melayu? Mempertahankan Bahasa kebangsaan (bahasa melayu)? Mempertahankan Raja-raja melayu? Mempertahankan ekonomi melayu?. Sepanjang pengetahuan penulis TIDAK PERNAH!!

Hanya melayu yang tolong melayu. Majority ummat islam mempertahankan islam di Malaysia ini adalah melayu. Bersatulah wahai kaum melayu. Bersatulah wahai ummat islam. Ingatlah, Melayu bukan RASIS kerana bersatu.


Rujukan:
 http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130517/je_06/Dakwaan-rasis-Penganjur-wacana-dipanggil-beri-keterangan

15 Mei, 2013

SENARAI MENTERI KABINET PENGGAL 2013 -2018


Malaysia kekal tidak dijajah semula oleh kuasa asing melalui pemimpin boneka


Perdana Menteri: DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK (UMNO)
Timb. Perdana Menteri: TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri:
DATUK SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
DATUK SERI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR)
SENATOR DATUK SERI IDRIS JALA (SENATOR)
TAN SRI JOSEPH KURUP (PBRS)
DATUK SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)

TIMBALAN MENTERI:
DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

Kewangan
MENTERI KEWANGAN I: DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
MENTERI KEWANGAN II: DATUK SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)
TIMBALAN MENTERI: DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)

Pelajaran & Pengajian Tinggi
MENTERI I: TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
MENTERI II: DATUK SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)
TIMBALAN MENTERI I: DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
TIMBALAN MENTERI II: P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)

Dalam Negeri
MENTERI : DATUK SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)
TIMBALAN MENTERI: DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)

Pertahanan:
MENTERI : DATUK SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)
TIMBALAN MENTERI: DATUK ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)

Pengangkutan
MENTERI :
DATUK SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)
TIMBALAN MENTERI: TIMBALAN MENTERI : DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)

Pelancongan & Kebudayaan
MENTERI : YB DATO SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:  YB DATO JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

Luar Negara
MENTERI : DATUK SERI ANIFAH BIN AMAN (UMNO)
TIMBALAN MENTERI: DATUK HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)

Kerja Raya
MENTERI : DATUK FADHILAH YUSOF (PBB)
TIMBALAN MENTERI: DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)

Kesihatan
MENTERI : YB DATO SERI SUBRAMANIAM (MIC)
TIMBALAN MENTERI: YB DATO SERI HILMI BIN YAHAYA (UMNO)

Belia Dan Sukan
MENTERI : KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)
TIMBALAN MENTERI: DATUK SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)

Sumber Manusia
MENTERI : DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)
TIMBALAN MENTERI: DATUK ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
MENTERI : DATUK HASAN BIN MALEK (UMNO)
TIMBALAN MENTERI: DATUK AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

Perdagangan Dan Industri
MENTERI : DATUK SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)
TIMBALAN MENTERI: HAMIM BIN SAMURI (UMNO)

Pertanian Dan Industri Asas Tani
MENTERI : YB DATO SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)
TIMBALAN MENTERI: YB DATO TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)

Sains Teknologi Dan Innovasi
MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)
TIMBALAN MENTERI: YB DATO DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

Sumber Asli Dan Alam Sekitar
MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)
TIMBALAN MENTERI: YB DATO DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)

Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)
TIMBALAN MENTERI: YB DATO SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)

Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
MENTERI : DATUK SERI SHAFIE BIN APDAL (UMNO)
TIMBALAN MENTERI: DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)

Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi
MENTERI : YB DATO SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)
TIMBALAN MENTERI: YB DATO NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

Pembangunan Wanita, Keluarga
MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)
TIMBALAN MENTERI: YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)

Komunikasi Multimedia
MENTERI : DATUK SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)
TIMBALAN MENTERI: DATUK JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

Wilayah Persekutuan
MENTERI : YB DATO SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)
TIMBALAN MENTERI: YB DATO DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)

Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan
MENTERI : DATUK ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)
TIMBALAN MENTERI: DATUK HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)

Nota:       

1. Tiada wakil MCA dalam senarai kabinet yang baharu

2. Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Presiden Transperancy International Malaysia, Datuk Paul Low dilantik sebagai menteri penuh. Kedua-duanya yang bakal dilantik sebagai Senator akan memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

3. Aktivis masyarakat India, P. Waytha Moorthy pula akan dilantik sebagai Senator untuk memegang jawatan Timbalan Menteri di JPM.

4. Kementerian Pengajian Tinggi disatukan di bawah nama Kementerian Pelajaran. Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ditukar nama kepada Komunikasi dan Multimedia. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kini dikenali sebagai Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Pelancongan pula kini Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
 
Rujukan: http://www.anwaraidc.com/?p=35246

12 Mei, 2013

PASCA PRU13: “MELAYU DAN BUMIPUTERA BERSATU” VS “CINA BERSATU”

dari pandangan masyrakat marhaen

Alhamdulillah PRU13 berjalan dengan lancar walaupun PR mengatakan pelbagai masalah dalam PRU13 ini sebagai alasan kekalahan mereka. Alasan seperti ‘blackout’ semasa proses penjumlahan undi, tong undi bertambah, undi hantu dari bangla dan dakwat kekal yang tidak kekal merupakan alasan yang tidak munasabah. Bagi mereka yang mahu berfikir secara minda terbuka, dapat lihat bahawa setiap pusat mengundi ada wakil parti (BN dan PR), semasa penjumlahan undi juga ada wakil parti. Sekiranya terdapat unsur-unsur yang mencurigakan wakil-wakil ini boleh membuat bantahan dan membuat laporan polis. Bagaimanapun wakil-wakil dari PR ini tidak membuat bantahan dan mereka menerima keputusan penjumlahan itu semasa dipusat penjumlahan undi dan juga dipusat pengundian. Cuma selepas keputusan keseluruhan dikeluarkan dan memihak kepada BN, tiba-tiba DS Anwar Ibrahim dan PKR menceritakan bermacam-macam scenario yang berlaku sebagai penyebab kekalahan mereka. Cerita-cerita fitnah ini disuburkan pula didalam media social untuk meningkatkan sentiment anti BN/Kerajaan. Sebagai seorang rakyat Malaysia, penulis menyeru supaya cerita-cerita fitnah yang bakal menggugat keamanan Negara ini dihentikan. Sekarang penyokong PR yang membuat provokasi, tetapi apabila provokasi ini terus berlarutan penyokong BN pula akan bertindakbalas terhadap provokasi itu. Maka pasti akan terjadi sesuatu yang tidak diingini. Ingatlah penyokong terbanyak didalam PR adalah dari kaum cina, tetapi penyokong terbanyak dalam BN adalah melayu (sehingga UMNO dapat menambah 10 kerusi parlimen berbanding PRU12). Lihatlah ketidak seimbangan kaum dalam situasi ini, semua rakyat Malaysia perlu berhati-hati dengan apa yang mereka katakana dan lakukan. 


MENGAPA CINA PILIH DAP

DAP rasis
Pada waktu berkempen PRU13, DAP sebenarnya memainkan isu perkauman. DAP berkempen mahu menghapuskan hak keistimewaan melayu. Pada mereka hak melayu ini perlu dihapuskan kerana ia merugikan kaum cina. Mereka ingin menghapuskan hak keistimewaan melayu kerana ia adalah satu bentuk diskriminasi terhadap kaum lain. Antara hak keistimewaan orang melayu adalah dari segi ekonomi, hak keistimewaan ini di selaraskan menjadi DEB. Dan di mata masyarakat cina DEB ini menghalang mereka untuk mengaut keuntungan yang lebih besar dalam kek ekonomi Malaysia. Memang benar DAP berkempen dihadapan orang melayu mengatakan kerajaan itu penuh dengan kronisme dan korupsi. Tetapi penulis yakin masyarakat cina mengetahui bahawa DAP lebih teruk mengamalkan kronisme (anak beranak mendominasi hierarki tertinggi dalam DAP- Lim guan eng dan Lim Kit siang, karpal Singh dan Gobind singh deo) tetapi mereka tetap sokong DAP. Bagaimana Dinasti Lim menipu dalam CEC DAP dan hampir di batalkan pendaftarannya di ROS. Tentang korupsi, masyarakat cina sebenarnya sudah lama bergelumang dengan korupsi, sehinggakan masyarakat melayu berkata “cina berniaga tak kira halal haramnya, rasuah semua mereka buat”. Mereka tahu perkara itu, tetapi apa yang masyarakat cina atau parti politik cina (terutama DAP) buat untuk menentang rasuah? DAP tidak mengariskan apa-apa panduan untuk menentang rasuah didalam komuniti perniagaan cina, tetapi masyarakat cina tetap sokong DAP. Seolah-olah hanya orang melayu dan kerajaan BN yang minta rasuah. Setidak-tidaknya UMNO/BN ada membuat SPRM, mengapa masyarakat cina tidak sokong BN sekiranya benar mereka menolak BN kerana rasuah. DAP juga berkempen sekiranya BN kalah dalam PRU13, parti yang paling berkuasa dalam Pakatan Rakyat ialah DAP (parti berasaskan kaum cina). Ini menunjukkan masyarakat cina sebenarnya mahu cina yang berkuasa dalam kerajaan. Ini terbukti jika dilihat dalam PRU13, Salahudin ayob kalah di peringkat parlimen dan DUN di johor, sedangkan Lim Kit siang menang dikubu kuat BN di johor. Terdapat juga cerita diselatan tanah air itu, pemimpin DAP menyeru supaya tidak mengundi calon PAS kerana takut PAS meneruskan agenda islamnya di johor sekiranya mereka menang di johor. Ini menunjukkan masyarakat cina mengundi DAP kerana mahu cina berkuasa didalam kerajaan dan tidak mahu melayu berkuasa walaupun PAS (rakan kongsi PR). Mahu dijadikan ekonomi sebagai alasan masyarakat cina mengundi DAP, dibawah BN pendapatan perkapita meningkat dari 4.8% (2008) meningkat kepada 5.3% (2013) dan inflasi dari 5.4% menurun kepada 2.2% setahun (Kompas, 5 mei 2013). Suatu prestasi yang meningkat dalam urustadbir ekonomi Negara oleh BN. Pada pandangan penulis masyarakat cina menolak BN kerana dua perkara, mereka ingin menghapuskan hak keistimewaan melayu dan mahu cina berkuasa dalam kerajaan Malaysia. Dalam masa yang sama mereka juga tidak mahu islam itu berkuasa (ini terlihat dalam situasi salahudin ayob dan pemilihan MB selangor)



MELAYU BERSATU MEMILIH UMNO

Wasiat raja melayu
Jumlah kerusi Parlimen yang meningkat, kembalinya kedah ke pangkuan BN (negeri majority melayu) dan Perak kekal dibawah BN. Perkara-perkara ini menunjukkan betapa pengundi melayu masih bersatu dibawah UMNO. Di Perak misalnya, kerusi-kerusi DUN majority melayu berjaya dikekalkan dan ditambah sehingga dapat membentuk kerajaan dengan majority mudah. Daripada 13.3 juta pemilih berdaftar 54.4% adalah melayu, dan cina hanya 25.5% (Kompas, 5 mei 2013). Ini bermakna 7,235,200 adalah melayu. Sekiranya 70% pengundi melayu sokong UMNO, ini bermakna 5,064,640 orang melayu menyokong UMNO/BN. Bagi kaum cina pula 25% itu adalah seramai 3,325,000 orang pemilih, dan dikatakan 95% menyokong DAP 3,158,750 orang. Jika dibandingkan sokongan melayu dan cina masih lagi memihak kepada UMNO/BN. Kaum melayu masih lagi menyokong UMNO/BN kerana beberapa isu yang menjadi perhatian antara keistimewaan melayu, agama islam (termasuk kalimah Allah) dan juga kerajaan (yang berkuasanya adalah melayu). Ketiga-tiga isu ini sebenarnya ingin dihapuskan oleh PR dan secara tidak langsungnya meningkatkan sokongan melayu terhadap UMNO/BN. Masyarakat melayu juga tidak sanggup memperjudikan masa depan masyarakat melayu demi politik. Ketakutan itu juga semakin meningkat dengan terserlahnya kedayusan PAS dan PKR dalam isu mempertahankan melayu dan islam. Dan akhirnya diterjemahkan dalam bentuk undi kepada UMNO/BN. Ini dapat dilihat dengan peningkatan jumlah DUN di Kelantan dikala PAS berada tahap kemuncak kehebatannya. Dengan sokongan majority melayu masih lagi memihak kepada UMNO/BN, segala bentuk provokasi pasca PRU13 akan mendatangkan kemudaratan kepada semua masyarakat. Walau apa pun alasan provokasi itu yang paling menonjol adalah pertembungan antara melayu dan cina. Kerana intisari PRU13 ini adalah survival bangsa melayu dan segala provokasi akan kelihatan seperti menafikan survival bangsa melayu dan agamanya.


SOKONGAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK

Sekali lagi BN di selamatkan oleh Sabah dan Sarawak. Disaat PR menjanjikan segala kenikmatan yang bakal mereka perolehi sekiranya memilih PR, tetapi mereka tetap setia dengan BN. kesetiaan mereka ini seperti tidak dapat diganggu gugat dengan janji-janji manis PR. Antara isu untuk mendapatkan sokongan Sabah dan Sarawak ialah timbalan perdana menteri dari Sabah dan Sarawak dan yang paling panas adalah isu kalimah Allah. Isu kalimah Allah ini adalah untuk meningkatkan sentiment anti-BN di Sabah dan Sarawak kerana 70% penduduknya adalah beragama kristien. Itu sebabnya isu ini dibiarkan oleh DAP walaupun disemenanjung PAS menjadi cacing kepanasan. Bilangan kerusi parlimen sabah dan Sarawak lebih banyak berbanding dengan apa yang PAS dapat tawarkan. Bagaimanapun isu itu tidak memberikan kesan kepada bumiputera sabah dan Sarawak. Manifesto PR juga tidak memberikan sebarang tumpuan kepada sabah dan Sarawak. Tetapi dibawah program transformasi (ETP,GTP,NKEA,NKRA dan sebagainya) sebenarnya telah memberi kesan kepada masyarakat disana. Pemberian BR1M juga memberi banyak manfaat kepada mereka. Masyarakat disana lebih menilai dan berterima kasih dengan apa yang telah diterima, lebih melihat reality didepan mata, bukan terpengaruh dengan janji-janji yang tidak tentu ditunaikan seperti rakyat di semenanjung. Itu belum lagi diceritakan bahawa dalam hak istimewa melayu itu juga ada hak istimewa bumiputera sabah dan Sarawak. Kalau itu dihapuskan mereka juga akan menerima kerugiannya. Penulis amat berharap BN akan memberikan tumpuan yang lebih kepada pembangunan asas di Sabah dan Sarawak. Mereka itulah teman sejati, dikala susah dan senang. Pada ketika ini merupakan masa yang terbaik untuk menjatuhkan BN, tetapi Sabah dan Sarawak tetap bersama BN.


MELAYU PERLU BERSATU

Sumpah melayu
Pasca PRU13 ini memberikan jawapan kepada 1 soalan, Adakah BN dapat bertahan tanpa sokongan cina? Jawapannya ‘YA’. Sejak 2008, kaum yang paling banyak mendesak kerajaan adalah kaum cina, dan kerajaan Malaysia banyak beralah dengan kaum cina dan menunaikan banyak permintaan mereka, sehinggakan kaum melayu terpaksa beralih kepada Perkasa dan NGO-NGO melayu lain untuk mempertahankan hak mereka. Sebenarnya kaum melayu perlu sedari, kuasa politik melayu itu kian terhakis. Lihatlah Selangor, 15 kerusi DUN kepada DAP. Kuasa politik melayu terhakis kerana ada pengkhianat melayu yang bakal menjatuhkan melayu. Dalam sejarah melayu juga kejatuhan empayar melayu kerana orang melayu sendiri (yang menjadi pengkhianat kerana kuasa). Dalam hal ini kelihatan PKR adalah punca kejatuhan melayu. Sekiranya tidak dibendung, ia akan lebih buruk. PKR sanggup menggadaikan segalanya hak melayu dan agama islam kerana ingin Anwar Ibrahim jadi PM. Satu perkara yang remeh tetapi menyebabkan melayu menjadi lemah. UMNO perlu menghalang orang-orang seperti pak kaduk ini bertambah. Pak kaduk adalah kisah teladan orang melayu dimana dia menang bersorak tetapi kampungnya tergadai. Ini samalah dengan apa yg terjadi jika PKR menang. PKR menang, Anwar jadi PM penyokongnya bersorak, tetapi semua keistimewaan melayu, agama islam dihapuskan (dalam diam bukan melayu tersenyum kepuasan). Yang rugi orang melayu. Pada pendapat penulis UMNO perlu menentang orang-orang PKR ini dahulu. Sekat peningkatan sokongan dari kalangan orang melayu kepada mereka. Kuatkan dan tingkatkan sokongan melayu kepada UMNO. Kemudian baru UMNO boleh hadapi DAP.  Biarkan orang cina cakap UMNO ini racist, sebab UMNO dah cuba tidak berlaku racist sejak sekian lama kerana mahu menjaga hati kaum kedua terbesar di Malaysia itu. DAP telah membuat racist tetapi terus mendapat sokongan cina dengan alasan survival bangsanya. Adakah melayu tidak perlu survival?. Setelah apa yang dilakukan oleh masyarakat cina (bersatu menyokong DAP), masyarakat melayu sudah rasa tidak selamat dengan kehadiran cina dalam politik Malaysia. Penulis telah terbaca cadangan untuk mempromosikan slogan GABEM ‘melayu tolong melayu’, ‘buy Chinese last’, boikot dan sebagainya sebagai tanda protest orang melayu. Ini sebenarnya tidak sihat untuk pembangunan Malaysia secara keseluruhan baik dari segi ekonomi atau keamanan. Bagaimanapun dalam politik UMNO perlu biarkan si luncai terjun dengan labunya (cina terus menyokong DAP), tetapi perlu halang pak kaduk menang bersorak, kampong tergadai. Di Malaysia ini hanya UMNO sahaja dapat tolong melayu.


BARISAN NASIONAL DAN PERKONGSIAN KUASA

Barisan Nasional
Barisan Nasional mengamalkan perkongsian kuasa berasaskan polarisasi kaum. Hak keistimewaan melayu pula termaktub didalam perlembagaan kerana membalas budi kesediaan Raja-Raja Melayu bergabung dan membentuk persekutuan tanah melayu. Selepas kemasukan Sabah dan Sarawak keistimewaan itu juga diberikan kepada bumiputera Sabah dan Sarawak. Seharusnya tidak ada kaum yang perlu mempertikaikan hak keistimewaan ini. Di bawah Barisan Nasional perkongsian kuasa yang diamalkan adalah untuk menjaga keharmonian kaum, supaya tidak ada yang rasa terpinggir.  Seperti masyarakat cina lakukan ini (menyokong DAP) adalah tidak betul, sebab ia menunjukkan kaum cina mahu meminggirkan kaum melayu. Ia juga kelihatan seperti mereka tidak mahu berkongsi kuasa. Masyrakat cina mahu mendominasi kerajaan menerusi DAP. UMNO menjadi dominan didalam BN bukan kerana UMNO itu melayu, tetapi kerana UMNO memenangi kerusi parlimen paling banyak sejak merdeka. Itu juga selaras dengan polarisasi kaum yang menyatakan kaum melayu merupakan penduduk paling ramai di Malaysia. Itu pun UMNO ada beralah dengan parti kaum lain dengan membenarkan parti kaum lain bertanding dikawasan majority melayu. Kalau UMNO itu mahu mendominasi mungkin tiada kerusi parlimen untuk parti kaum india, dan parti cina hanya boleh bertanding dibandar-bandar yang majoritinya kaum cina. Menyokong BN bukan bererti menyokong sebuah parti politik, tetapi menyokong kestabilan politik dan keharmonian kaum. Mengapa harus menjadi tamak dan mahukan dominasi kaum mengikut merit? Jika mengikut merit itu memberikan kemudaratan dalam masa panjang. Apa yang terjadi sekarang amat merugikan kaum cina. Wakil kaum itu di dalam kerajaan mungkin mengecil dengan ketara. Kepada kaum cina penulis menasihatkan janganlah terlampau mahu mendominasi kuasa, yang terbaik di Malaysia adalah berkongsi kuasa. Asas keharmonian kaum di Malaysia adalah perkongsian kuasa. Janganlah menghapuskan asas ini demi kepentingan tersendiri.




P/S: jagalah keharmonian antara kaum, janganlah membuat provokasi melampau.

BIARKAN SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABUNYA, KITA HALANG PAK KADUK MENANG BERSORAK KAMPUNG TERGADAI

Arkib

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' 16 September 2008 1Malaysia 22 tahun tanpa konflik kaum 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Bersih Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim Bumi Daku calon boleh menang Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB Chin Peng Chui Jui Meng Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB Demi Negara Demonstrasi DERHAKA Din Turtle Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr. M DS Anwar DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh DYMM Sultan Azlan Shah DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera Elizabeth Wong Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah Hari Kemerdekaan Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hudud dan Qisas Husam Musa Ideotique IFC Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam Kempen Satu Sekolah Untuk Semua Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat KijangMas Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Lompat Parti Low Siew Moi M Manoharan Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia Malaysian Malaysia Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MCA melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara merdeka riview Meroyan Monopoli Ekonomi Muhyiddin Murtad Mustafa Ali Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan Negarawan Ulung Nik Aziz Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama Omar Ong Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen PAS Pas Terengganu Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 Perkara 12 Perkara 152 Perkara 153 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu Petisyen Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks Selangor Sepitman Begins Shafie Apdal Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan Skuad Banjir Pemuda Solat Hajat SPR SRJK Persendirian SUARAM Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War Tan Sri Isa Samad Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad UMNO UMNO Seremban Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar WADAH Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin